Tuesday, March 10, 2009

Mutiara Kata





Tol oh tol.....


Rakyat yang selalu mengguna jalan tol akan berasa lega kerana kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kabinet yang bertanggungjawab, Datuk Seri Mohd Zin akan dikaji semula oleh Kabinet.

Perdana Menteri telah mengarahkan Kabinet mengkaji semula kenaikan tol kerana "Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk".

Jutawan segera


Pelbagai skim yang menjanjikan pulangan lumayan amat menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat.... Dari golongan atas hingga ke makcik cuci lantai... pelbagai janji ditabur dan juga pulangan lumayan sebagai habuan... nampaknya ramai yang tidak serik episod skim cepat kaya yang lepas....


Wang tidak akan datang bergolek, perlu dengan usaha yang keras dan kemantapan ilmu bagi mencapai langit yang bergemelapan.... nukilan dari seorang sahabat... " orang kaya akan mati, kita akan mengantikannya jika berusaha dan mencontohi bagaimana mereka kaya dengan usaha yang tidak kenal erti jemu dan penat lelah"


Borang anda tidak lengkap.....

(gambar hiasan sahaja)

Al kisah seorang sahabat ingin mengambil pekerja untuk bekerja di kebunnya... maka, pergi la ia untuk memohon dan menghantar borang pekerja asing berkenaan.... bulan demi bulan....apabila dirujuknya ke pejabat yang berkenaan ...jawapan yang diberikan borang anda tidak lengkap....

Meradang dengan banyak kali pergi memohon....lantas, ia bertanya...apa yang tidak lengkap... lantas ia menjawab... wang tunjuknya tidak ada pak....hihih

Katak si Katak Lompat

Perak...pelbagai situasi dan keadaan gentting telah berlaku.... Parti A lompat parti B, parti B lompat parti A... apa sudah jadik....

PPSMI peluang atau bencana ???













Bila Luk 7 Menulis....


Pengajaran dan pembelajaran didalam bahasa ingeriss... adakah ia membawa manafaat atau bencana kepada ketamadunan melayu dan keutuhan bangsa itu sendiri... terlalu banyak yang boleh dikupas atau dibincangkan...

Akan tetapi...pandangan saya selaku guru biasa yang mengajar pelajar yang banyak ketinggalan dan dikategorikan kelas corot, tak pandai dan lembab banyak membawa cabaran bagi anak bangsa itu sendiri untuk maju kehadapan. Pada tahun pertama ia dilaksanakan... kerisauan mengenai nasib para pelajar semakin membimbangkan.... adakah anak bangsa Melayu ini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau lebih hebat lagi didalam mencapai kecemerlangan pembelajaran....
Tahun demi tahun berlalu... hasil kajian yang dibuat oleh saya sendiri mendapati PPSMI dapat melahirkan ramai pelajar bijak pandai dan berupaya didalam menganalisis apa jua permasalahan disamping kerja keras guru - guru yang tidak mengenal erti jemu membimbing anak bangsa ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kini PPSMI sampai dipenghujung dimana nasibnya akan ditentukan melalui kebijaksanaan para pemimpin yang ada... secara peribadi... amat malang jika program PPSMI ini tidak diteruskan kerana ia dapat menjadikan bangsa melayu itu sendiri lebih maju jauh kehadapan.

Welcome to my diari

Blog ini ditulis bagi menyatakan pandangan dan pendapat mengenai beberapa isu semasa....dan juga mengenai kehidupan yang mencabar dekat ini....