Sunday, August 2, 2009

Kewajaran Demonstrasi...

Gerakan anti iSA...adakah demonstrasi sebegini perlu diadakan bagi melahirkan rasa tidak puas hati atau bantahan terhadap sesuatu perkara... ironinyer...saya berasa amat musykil dengan demonstrasi sebegini diadakan di Malaysia... bukannya saya menyokong 100% ISA dilaksanakan..tetapi...dibenak pemikiran yang cetek ini terfikir kuasa yang dimiliki oleh pembangkang di Malaysia sekarang cukup kuat dan bertenaga...apa guna mempunyai kuasa dan suara jika tidak digunakan sepenuhnya...selaku rakyat Malaysia yang menyaksikan jutaan pengundi memberi peluang kepada pakatan rakyat berkuasa bagi 5 negeri...adakah kuasa dan kepercayaan tersebut telah diguna sebaik mungkin oleh mereka bagi melaksanakan apa yang perlu bagi menjaga kebajikan rakyat...adakah populariti sebegini lebih penting berbanding menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi oleh rakyat jelata...



disini saya ingin membawa rakan - rakan merenung kembali perbezaan diantara kedua-dua pemimpin dan parti terbesar di Malaysia ini...sebagi contoh negeri selangor, pada era Dr Khir dulu...jika anda ingin berjumpa dengan menteri besar...anda akan diberi peluang dengan membuat temujanji dan berjumpa dengan beliau untuk menyatakan masalah dan pandangan...atau anda boleh terus membuat laporan atau teguran di E-aduan selangor...mengikut pengalaman yang lepas...insayaallah...tindakan yang pantas akan diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi walaupun terdapat beberapa rintangan...tetapi berlainan dengan sekarang...walaupun temujanji telah dibuat...itupun dialihkan kepada setiausaha sulit ..temujanji tersebut tidak diendahkan dan tiada sebarang follow up tentang perkara yang ingin anda bawa...kononnya "MASALAH YANG ANDA BAWA KECIL"...pedih pedih...



begini kah sikap golongan yang mengelar diri mereka pemimpin rakyat...Dunia sekarang mengalami zaman kemelesetan yang amat sangat...tindakan berdemonstrasi membawa kesan buruk kepada ekonomi negara..golongan manakah yang untung dengan tindakan sebegini dan golongan mana yang rugi...fikir-fikirkan...tidak sabar rasanya menantikan politik di malaysia ini matang dari pelbagai aspek dan sudut baik dari pihak kerajaan(BN) ataupun pembangkang (PR)...bukan apa..kerajaan yang kuat dan benar-benar berjiwa rakyat sudah pasti akan menguntungkan rakyat jelata dan negara amnya...