Friday, October 21, 2011

Discount Khas....


Promosi!!!!! Potongan istimewa bagi rakan facebook cikgu2u...anda ingin melanggani portal cikgu2u.com... Discount khas untuk rakan facebook cikgu2u...sila msg kepada saya untuk mendapatkan discount khas berkenaan bagi kegunaan anak anda untuk tahun 2012....tarikh tamat promosi : 10 November 2011...

Pendaftaran Sebelum 25 Oktober 2011 : 50 % Discount
Pendaftaran Sebelum 28 Oktober 2011 : 30% Disco...unt
Pendaftaran Sebelum 5 November 2011: 20% Discount
Pendaftaran Sebelum 10 November 2011: 10% Discount

Promosi tamat pada 10 November 2011.....

Sunday, October 16, 2011

Review Filem Nasik lemak 2.0


Assalamualaikum...filem nasik lemak 2.0 yang dihasilkan oleh seseorang yang cukup dengan kontroversi... Pandangan mengenai filem ini, ...errmmm...bagi saya cukup mudah...amat tetap, menyeronokkkan dan elok diangkat sebagai filem satu malaysia dimana ianya menampilkan semangat perpaduan kaum yang ada dimalaysia tanpa menganaktirikan sesiapa pun..... apa pun sindiran didalam filem ini, ianya sememangnya benar benar berlaku di malaysia dan msg yang cuba disampaikan melalui filem amatlah tepat.... saya bukan menyokong Nawawee menghina lagu negaraku...tetapi, atas kesilapan yang dilakukannya, beliau telah memohon maaf kepada rakyat malaysia....

Bagi saya, filem ini elok untuk tontonan seisi keluarga yang berjaya membuatkan saya ketawa dan senyum dengan beberapa scene yang menarik...bajet kurang 1juta...tapi msgnya amat jelas dan nyata...persetan ler bab kualiti gambar atau production...bajet ciput...tapi yang penting msg yg cuba disampaikan...

Tahniah Nasik lemak 2.0

Wednesday, October 12, 2011

Bantah Produk Fun and Friends sebagai produk Memperkasa Bahasa Inggeris


SHAH ALAM - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta membuat penilaian secara terperinci berhubung pemilihan perisian bahan pengajaran dalam makmal bahasa bagi program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Setiausaha Persatuan Kebajikan Islam Kota Damansara, Nizamodeen S.O.K Abdul Gaffor berkata, berdasarkan maklumat mengesahkan bahawa pihak kementerian telah ...menawarkan kontrak kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Hong Kong di mana perisian program yang ditawarkan tidak sesuai untuk para pelajar.

“Setelah diteliti dan dibuat kajian , produk yang bakal digunakan oleh KPM ini menggunapakai icon babi sebagai elemen di dalam perisian itu.

“Malah, keseluruhan program ini tidak menggambarkan budaya tempatan dan tidak sama sekali mengikut silibus yang ditetpkan oleh KPM,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, timbul persoalan di mana KPM masih memberi kontrak kepada syarikat tersebut kerana menurut sumber pada dasarnya syarikat yang ditawarkan projek ini telah ditolak pada peringkat rintis, tidak berpengalaman di bidang pendidikan dan juga latihan serta tidak mempunyai portal syarikat.

“Sedangkan syarat tender merujuk kepada syarikat yang berpengalaman serta telah menguji lari produk tersebut di Malaysia.

“Tanpa prejudis terhadap kebebasan beragama di negara ini, akan tetapi bertentangan dengan budaya majority serta agama Islam sebagai agama rasmi, banyak unsure- unsure Kristian diterapkan di dalam video pengajaran itu,” katanya.

Beliau berkata, oleh sebab program ini jauh tersasar daripada matlamat yang ingin dilaksanakan oleh KPM sama ada dari segi silibus ataupun budaya, maka ia dianggap tidak sesuai dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia dan perlu ditarik balik kontraknya.

“Kita membuat bantahan awal setelah mendapat maklumat dan membuat kajian terperinci berhubung perkara ini kerana khuatir meninbulkan kontroversi jika ianya diaplikasi kelak,” katanya.

Nizamodeen berkata, beliau telah menghantar surat bantahan mengenai perkara ini kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 4 September lalu dan turut disampaikan kepada Pemuda Umno tindakan segera.