Wednesday, October 12, 2011

Bantah Produk Fun and Friends sebagai produk Memperkasa Bahasa Inggeris


SHAH ALAM - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta membuat penilaian secara terperinci berhubung pemilihan perisian bahan pengajaran dalam makmal bahasa bagi program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Setiausaha Persatuan Kebajikan Islam Kota Damansara, Nizamodeen S.O.K Abdul Gaffor berkata, berdasarkan maklumat mengesahkan bahawa pihak kementerian telah ...menawarkan kontrak kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Hong Kong di mana perisian program yang ditawarkan tidak sesuai untuk para pelajar.

“Setelah diteliti dan dibuat kajian , produk yang bakal digunakan oleh KPM ini menggunapakai icon babi sebagai elemen di dalam perisian itu.

“Malah, keseluruhan program ini tidak menggambarkan budaya tempatan dan tidak sama sekali mengikut silibus yang ditetpkan oleh KPM,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, timbul persoalan di mana KPM masih memberi kontrak kepada syarikat tersebut kerana menurut sumber pada dasarnya syarikat yang ditawarkan projek ini telah ditolak pada peringkat rintis, tidak berpengalaman di bidang pendidikan dan juga latihan serta tidak mempunyai portal syarikat.

“Sedangkan syarat tender merujuk kepada syarikat yang berpengalaman serta telah menguji lari produk tersebut di Malaysia.

“Tanpa prejudis terhadap kebebasan beragama di negara ini, akan tetapi bertentangan dengan budaya majority serta agama Islam sebagai agama rasmi, banyak unsure- unsure Kristian diterapkan di dalam video pengajaran itu,” katanya.

Beliau berkata, oleh sebab program ini jauh tersasar daripada matlamat yang ingin dilaksanakan oleh KPM sama ada dari segi silibus ataupun budaya, maka ia dianggap tidak sesuai dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia dan perlu ditarik balik kontraknya.

“Kita membuat bantahan awal setelah mendapat maklumat dan membuat kajian terperinci berhubung perkara ini kerana khuatir meninbulkan kontroversi jika ianya diaplikasi kelak,” katanya.

Nizamodeen berkata, beliau telah menghantar surat bantahan mengenai perkara ini kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 4 September lalu dan turut disampaikan kepada Pemuda Umno tindakan segera.

No comments:

Post a Comment