Thursday, March 12, 2009

Kambing Hitam


Al kisah seorang saudara yang ditahan polis diatas tuduhan merompak muzium melaka....semasa menziarahi majlis perkebumian atok di muar johor..... beliau ada menyatakan sebab ditahan dan telah dibebaskan atas jaminan polis. Apa yang menjadi tanda tanya... bolehkah seorang warga emas berusia lebih 70 merompak muzium bernilai 1 juta...ditambah pula dengan pelbagai sakit dan penyakit yang disembunyi sebalik senyum dan gelak beliau....


Beliau telah berniaga barang antik di tepi jalan bandar muar sejak dari zaman dahulu lagi dan aktiviti nya sekarang sekadar mengisi masa lapang dan hari tua beliau. Alhamdullilah...ada juga dikalangan angota yang dapat berfikiran waras supaya warga emas ini dilepaskan....teringgat arwah ayah yang menjual pelbagai barang semasa kecil yang dikatakan bernilai ribuan ringgit...tetapi apabila meningkat dewasa, baru sedar dan tahu barang tersebut diperolehi di Masjid India dengan harga yang amat murah......hihihi tertipu gak rasa nya....

No comments:

Post a Comment