Thursday, March 12, 2009

Skim Usahawan Siswazah...


TUS atau tabung usahawan siswazah diwujudkan bagi membantu golongan siswazah menjalankan aktiviti perniagaan sehingga RM 250 ribu. Apa yang memusklikan hati ialah, setelah melalui pelbagai kursus dan temuduga termasuk penyiapan kertas kerja perniagaan.... jika mendapat kelulusan RM 250 ribu... kita mestilah mempunyai cagaran sebanyak RM 250 ribu...satu perkara yang harus diambil kira disini... jika siswazah berkenaan mempunyai wang sebanyak itu... buat apa nak meminjam lagi..... bila dikatakan siswazah... sudah semestinya orang yang tiada wang yang mencukupi....disini wujud persoalan TUS ini diwujudkan untuk oleh golongan mana? siswazah atau golongan kaya? selepas mendapat kelulusan, alkisah untuk mengeluarkan wang tersebut.


peserta dikehendaki membeli insurance(lebih kurang RM 4-6 ribu,) barang2 keperluan perniagaan dengan modal sendiri sebelum duit peruntukan tersebut dapat dikeluarkan. timbul satu lagi persoalan.... ada duit nak beli barang wat pe pinjam?????

azab untuk menunggu refund lebih kurang -3 bulan.....jika ada RP (Rancangan perniagaan) confirm terlepas dateline...pernah sorang rakan memohon dan telah mempunyai projek...jawapan yang diterima amat menyedihkan...u layak... i bagi peruntuk next projek....

Fikir - fikirkan lah apa yang akan terjadi kepada usahawan2 lain didalam dunia yang serba mencabar ini.. para pemimpin harus bijak merangka dan juga harus bijak memantau prosedur perlaksanaan program ini supaya ia menepati golongan sasar dan menjadikan ramai usahawan melayu berjaya dan berdaya saing.


No comments:

Post a Comment