Friday, July 17, 2009

PPSMI dimansuhkan....

Apabila pengumuman dibuat oleh pak menteri.... terasa luruh hati bagai diuris sembilu yang tajam...bagiku...program PPSMI ini dapat menaikkan martabat bangsa melayu dan dapat menjadikan orang melayu bersaing di arena antarabangsa...tetapi malang seribu kali malang apabila pertimbangan politik menjadi ukuran yang utama...kaum yang maju bermula dari penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dan juga penguasaan pelbagai bahasa didalam dada...apabila pengumuman dibuat..saya sempat berbincang dengan ramai golongan ibubapa...majoriti ibubapa menyokong perlaksanaan PPSMI dan ramai yang menyatakan kekesalan...cuba difikirkan sejenak...golongan yang kuat membantah perlaksanaan PPSMi ini...dimana mereka menghantar anak mereka belajar....didalam negara kah atau di luar negara??????.. kenapa mereka tidak sama sekali menghantar anak2 mereka belajar didalam negara dan memartabatkan Universiti tempatan...??? amat malang bagi bangsa melayu itu jika penguasaan bahasa ini tidak dapat diteruskan....

Maktab Tentera Diraja....

Aduih,,,lama betol tak update blok nie..sekarang diberi tugasan membimbing putera2 RMC...satu tugasan yang amat berat yang terpaksa dipikul...bila menjejakkan kaki di RMC.. pelbagai persoalan dan perkara bermain difikiran...dapatkah aku membangunkan anak bangsa ke arah kecemerlangan....penat, letih semua ada apabila mengajar di RMC... tetapi, semuanya terasa berbaloi dan kepenatan tadi hilang serta merta apabila melihat kesungguhan putera2 ini belajar dan menuntut ilmu didalam mengapai kecemerlangan.....

Thursday, April 23, 2009

Britain's Got Talent Semi Final - Signature - Suleman Mirza

Britain's Got Talent Semi Final - Signature - Suleman Mirza



Suleman Mirza - Signature - Britain's Got Talent Final

Wednesday, April 22, 2009

Santai - santai.....

The Winner



Susan boyle final



Susan boyle semifinal



Susan boyle show 1



The Final



Stavros Flatley semi final




Stavros Flatley



Aidan Davis: Rock Your Body



Evolution of Dance 2

Keberanian, kebenaran dan Ke-ego-an Masyarakat dunia



Peminpin yang lantang berani menegur segala kemungkaran dan kebiadaban pembunuhan kejam. Kualiti peminpin yang semankin luntur pada dekad ini dibangkitkan oleh beberapa peminpin dunia.



Kemarahan rakyat Iraq



Kemarahan seorang pemimpin

Apakah tiada keadilan didunia ini, renongkan lah betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia yang tercinta ini.Para pemimpin haruslah bijak mengatur langkah demi bangsa dan negara agar kita tidak terjerumus permainan politik masyarakat dunia sekarang.Bab kata pepatah, " Hal keluarga, selesaikan didalam hal keluarga itu sendiri, yang lain jangan masuk campur"

Cuba direnung kembali zaman kesultanan Melayu dahulu kala, british dengan secara senyapnya meletakkan residennya sebagai penasihat kepada raja dan negara...alhamdullilah...pemimpin kita pada masa itu bijak berbicara dan berkata - kata sehingga mencapai kemerdekaan....


Tahkala Malaysia mencapai tahap kematangan politik yang semakin terbuka, nilai - nilai murni masyarakat, budaya dan bangsa haruslah menjadi tonggak dari setiap aspirasi pembinaan bangsa dan negara.

Tuesday, March 31, 2009

Tun Dr.Mahahtir Negarawan Terulung



Melayu Jangan mudah lupa lagi !!!



Negarawan Kembali....

Thursday, March 19, 2009

Selamat pengantin Baru......

Seksyen 7, Kota Damansara, 14 Mac 2009. Tarikh keramat bagi pengetua PTGM sek 4. Cikgu Akmal melangsungkan perkahwinan beliau dengan jejaka pilihan. Pasangan beliau juga tidak asing di ptgm yang juga merupakan guru kanan di ptgm iaitu Cikgu Saiful. Majlis berlangsung sederhana tetapi dengan meriah sekali.
Apa yang menariknya... pertama kali alunan lagu nasyid live bersempena majlis perkahwinan diadakan. Lagu tersebut di sampaikan oleh pelajar dari sekolah menengah sekysen 10 kota damansara. Cayalaaa........Semoga panjang umor dan murah rezeki buat pasangan mempelai ini.

Friday, March 13, 2009

INILAH RUMAH SAYA



Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari

(Petikan dari utusan online : 14/3/2009)

Thursday, March 12, 2009

Gerrard mula laung amaran


LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard sudah mula melaungkan amaran kepada kelab handalan Eropah.

Ia berikutan kejayaan Liverpool mara ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas membenam Real Madrid menerusi kemenangan agregat 5-0.

Pada aksi kedua, pusingan kalah mati di Anfield kelmarin, Gerrard meledak dua gol bagi membantu Liverpool menang 4-0 ke atas kelab gergasi Sepanyol itu.

Paling membanggakan, dua gol tersebut menyaksikan Gerrard kini telah merekodkan 100 gol dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Aksi hari ini (kelmarin) adalah cukup hebat seperti aksi yang kami pamerkan sepanjang musim ini," kata perancang England itu.

"Kami bermain dengan hebat dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik pada babak pertama.

"Babak kedua kami hanya perlu menyudahkan permainan ini, tapi kami dapat juga menjaringkan dua gol. Semua pemain puas hati.

"Saya tidak kisah dengan statistik peribadi, apa yang penting ialah kami mencatat kemenangan dalam perlawanan ini."

Penyerang Liverpool, Fernando Torres yang disahkan cergas beberapa jam sebelum sepak mula, menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit ke-16.

Gerrard menambah dua lagi gol masing-masing pada minit ke-28 dan 47 sebelum pemain pertahanan, Andrea Dossena meledak gol keempat Liverpool dua minit sebelum perlawanan tamat.


"Turun menentang Real adalah sangat penting bagi saya kerana sejarah saya bersama Atletico Madrid. Saya sanggup menahan kesakitan," kata Torres.

"Sudah tentu gol itu sangat penting bagi saya dan juga buat peminat Liverpool. Ia sangat bermakna bagi mereka."

Liverpool yakin mampu tumbangkan Red Devils


LIVERPOOL, England - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya kejayaan pasukannya membelasah Real Madrid 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah memberi petanda awal pasukannya mampu menumbangkan Manchester United, Sabtu ini.

Dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu bakal bertemu buat kali kedua musim ini dan kemenangan mampu mengurangkan jurang perbezaan mata kepada tujuh jika Liverpool menang.

Benitez menegaskan, pasukannya mempunyai misi mesti menang pada perlawanan di Old Trafford nanti atau lupakan terus kejuaraan liga musim ini sekiranya mencatat keputusan selain daripada itu.

Namun kemenangan ke atas Real yang diinspirasikan Fernando Torres kelmarin boleh dianggap persiapan terbaik Liverpool sebelum berdepan United.

"Dalam menghadapi perlawanan penting yang mendatang, bermain baik seperti ketika menewaskan pasukan hebat seperti Real Madrid pastinya melegakan.

"Sebagai pengurus, mungkin ia pendekatan terbaik untuk berdepan perlawanan besar seperti ini (lawan United)," jelasnya.


Kembalinya Fernando Torres ke tahap prestasi sebenar selepas cedera membolehkan Liverpool mempamerkan persembahan yang dianggap terbaik mereka musim ini, kelmarin.

Torres lebih dulu membuka jaringan buat Liverpool sebagai gol semangat sebelum penalti dan gol cantik Steven Gerrard di samping jaringan pemain gantian, Andrea Dossena memusnahkan terus harapan Real untuk layak ke suku akhir

Skim Usahawan Siswazah...


TUS atau tabung usahawan siswazah diwujudkan bagi membantu golongan siswazah menjalankan aktiviti perniagaan sehingga RM 250 ribu. Apa yang memusklikan hati ialah, setelah melalui pelbagai kursus dan temuduga termasuk penyiapan kertas kerja perniagaan.... jika mendapat kelulusan RM 250 ribu... kita mestilah mempunyai cagaran sebanyak RM 250 ribu...satu perkara yang harus diambil kira disini... jika siswazah berkenaan mempunyai wang sebanyak itu... buat apa nak meminjam lagi..... bila dikatakan siswazah... sudah semestinya orang yang tiada wang yang mencukupi....disini wujud persoalan TUS ini diwujudkan untuk oleh golongan mana? siswazah atau golongan kaya? selepas mendapat kelulusan, alkisah untuk mengeluarkan wang tersebut.


peserta dikehendaki membeli insurance(lebih kurang RM 4-6 ribu,) barang2 keperluan perniagaan dengan modal sendiri sebelum duit peruntukan tersebut dapat dikeluarkan. timbul satu lagi persoalan.... ada duit nak beli barang wat pe pinjam?????

azab untuk menunggu refund lebih kurang -3 bulan.....jika ada RP (Rancangan perniagaan) confirm terlepas dateline...pernah sorang rakan memohon dan telah mempunyai projek...jawapan yang diterima amat menyedihkan...u layak... i bagi peruntuk next projek....

Fikir - fikirkan lah apa yang akan terjadi kepada usahawan2 lain didalam dunia yang serba mencabar ini.. para pemimpin harus bijak merangka dan juga harus bijak memantau prosedur perlaksanaan program ini supaya ia menepati golongan sasar dan menjadikan ramai usahawan melayu berjaya dan berdaya saing.


Kambing Hitam


Al kisah seorang saudara yang ditahan polis diatas tuduhan merompak muzium melaka....semasa menziarahi majlis perkebumian atok di muar johor..... beliau ada menyatakan sebab ditahan dan telah dibebaskan atas jaminan polis. Apa yang menjadi tanda tanya... bolehkah seorang warga emas berusia lebih 70 merompak muzium bernilai 1 juta...ditambah pula dengan pelbagai sakit dan penyakit yang disembunyi sebalik senyum dan gelak beliau....


Beliau telah berniaga barang antik di tepi jalan bandar muar sejak dari zaman dahulu lagi dan aktiviti nya sekarang sekadar mengisi masa lapang dan hari tua beliau. Alhamdullilah...ada juga dikalangan angota yang dapat berfikiran waras supaya warga emas ini dilepaskan....teringgat arwah ayah yang menjual pelbagai barang semasa kecil yang dikatakan bernilai ribuan ringgit...tetapi apabila meningkat dewasa, baru sedar dan tahu barang tersebut diperolehi di Masjid India dengan harga yang amat murah......hihihi tertipu gak rasa nya....